aku...dia dan kami

aku...dia dan kami

Friday, October 14, 2011

tah apa=apa dah blog nie kan....

dah jadi ape ghuper blog nie...godek punyer godek macam tak cantik gak...saper boleh menolong aku canteks kan blog aku nie...

Wednesday, October 12, 2011

fuuuhhhh...fuhhh...fuhhh.....berhabuk sudah...!!

kenapa tajuk nyer sebegitu....kerana sudah setahun blog ini tidak diupdate dengan tuan tanahnyer yg sentiasa sibuk-mebuk dengan rutin harian dan anak-anak yang semakin membesar .....dania dah menjangkau usia 3 tahun manakala si adek telah pun melangkah usia 1 tahun..dengan usia yang satu tahun itu jugak membuatkan blog ini telah ditinggalkan dengan sebarang cerita aku....dia dan kami...he..he..he...

            ini si kakak yang semakin si anak dara......

          yang ini si adek....semakin membolat....
                      ini aku dan dia....

banyak perkara dan rentetan cerita yang telah berlaku pada tahun 2011 dalam hidupku dan keluarga kami....Ini kerana masa sekarang semakin cepat berlalu...dan perkataan  2012 akan muncul tidak berapa bulan lagi...diharap 2012 merupakan tahun yang lebey baik untuk diri aku dan keluarga kami....semoga
impian aku dan segala-galanya dapat ku kecapi dengan penuh bermakna......

Thursday, September 23, 2010

Bertarung nyawa untuk Aina Delisha

   Dania Junior.....
28.08.2010 ....pukul 6.31am adalah tarikh yang di pilih oleh puteri ke-2 ku untuk keluar dari rahim ku....kelahirannya adalah secara ceaser ....setelah aku bertarung nyawa untuk cuba melahirkannya secara normal selama 6jam tidak berjaya...walaupun bukaan pintu rahim telah 10cm dan contraction yang sangat kuat sehingga aku tidak mempunyai tenaga untuk meneran dan kesakitan yang begitu kuat aku rasai...dan suamiku yang sentiasa disisi telah mengambil keputusan untuk memilih jalan secara kelahiran ceaser kerana Aina Delisha tidak boleh di lahirkan secara normal kerana doktor pun tidak dapat memastikan apa masalahnya...padahal kepala bb sudah turun dan doktor tidak boleh menarik keluar....kerana terlalu lama kepala bb di pintu rahim dan hampir lemas aku terpaksa akur untuk melahirkan Aina Delisha secara ceaser.....


kali terakhir berbuke pose bersama 
opis mate papa..
(curik gambar nieh dari ummi sara)

26.08.2010 aku ke klinik Victor  yang berdekatan dengan area rumah ku untuk mengambil MC kerana tidak larat untuk ke sekolah bertemu murid-murid ku...kadang-kadang aku dah rasa contraction untuk bersalin....tp tak mungkin aku akan bersalin awal mengikut pengalaman melahirkan Dania dulu aku telah terlebih hari.....biasalah nak amik MC pun doktor nak bt checkup gak...doktor dah sahkan bahawa kepala bb dah enggaged mungkin dalam 2-3 hari doktor kata aku akan bersalin...sempat lagi lepas amik MC aku g Sunway Pyramid Shopping di Jaya Jusco beli apa yg patut untuk persiapan bersalin nanti..ingat nak cari anak dara ku Dania beg tuk pakai hari raya...tp tak der yg berkenan...hari tue gak aku janji ngan hubby nak bebuka puasa sama dengan opis mate dia kat bangsar...yer lah buring gak aku kat umah buke pose sorang-2....walaupun dah rasa sakit-sakit...aku tetap gagah diri semangat...pg opis hubby amik dia dan lepas tue terus g bangsar ...Restoren Chawan menjadi pilihan utk berbuka pose....ahaa sempat gak aku g soppin kat bangsar village ngan hubby dan dptlah capai beg tangan untuk anak dara aku beraya nanti....menu buka pose...aku teringin nak makan nasi beriyani sepinggan lantak sebelum bersalin akhirnya tercapai dan sempat makan aiskrim baskrin robbins sebelum pulang...tercapai hajat nak makan benda-benda nie sebelum bersalin...sebaik ada ummi sara ngan abi sara yg baik hati nak hantar aku pulang kerumah kerana risau dan takut aku bersalin dlm kete ketika drive kete sendiri nanti....malam tue aku dah rasa sakit-sakit tp aku buat tak tahu jer..buat macam biasa....hubby pun lewat pulang keje..aku pun dah tido dulu...dlm pukul 3pagi aku dah terkejut rasa sakit dtg balik...aku berlari ke toilet kerana rasa nak muntah..apa yg aku makan semuanya keluar balik...

27.08.2010 lepas aku mengalami muntah-2 aku cuba tido balik...tp tak buleh gak...rasa sakit datang sekejap-sekejap yg tak sekerap....aku kejut hubby dlm kul 4.30 untuk bersahur...sebab tak larat nak masak aku ajak hubby bersahur di Kedai Mamak...wah melantak aku..makan roti telur...makan mee goreng mamak....lepas balik sahur...aku sambung tido balik...tetiba aku terkejut sebab kesakitan nak bersalin dtg balik..tp tak sekerap .....niat di hati hari nie aku nak bersopin lagi...nak mengemas rumah..nak pasang langsir nak mop lantai...tp niat tak kesampaian bila tiba pukul 10pagi aku dah sakit macam org nak bersalin...setiap minit aku kire...kali nie sakit datang 20minit..20minit...hubby jengah aku di bilik sedang mengerang menahan kesakitan...berapa kali aku tawaf bilik dengan membaca doa yang apa patut.....sehingga tidak dapat menahan airmata kesakitan.....hubby ajak aku ke hospital..tp aku tak mahu sebab blm ada keluar tanda seperti lendir dan darah....sempat lagi aku mengoder hubby air kelapa tepi jalan lepas pulang solat jumaat...hari nie terpaksa aku buka pose kerana kesakitan.....yang semakin 15minit...15minit....hubby amik keputusan EL kerana risau dengan keadaan aku yg seperti sakit seperti org nak bersalin....beberapa kali suamiku mengajak ke hospital tp aku dengan keputusan tak mo....dalam pukul 3pm  aku ajak hubby keluar untuk berjalan-2 ...kata org byk berjalan cpt dan senang nak bersalin..tgh sakit-sakit ada hati nak ajak si suami pergi sopin..semua barang utk bersalin dah aku standby dlm kete...apa-apa kang terus jer lah g sepital...blm sempat nak g sopin...aku dah rasa kekerapan contraction yg 10minit..10 minit.....terus aku ajak hubby pergi kehospital...dalam perjalanan ...kami dah telepon Doktor Haizal...dimana doktor yang akan menyambut kelahiran masa aku bersalin nanti...sampai sahaja di KPMC aku pergi ke toilet membuang air kecil melihat kuar tanda darah dan lendir...dalam hati...mungkin aku akan bersalin hari nie....aku di bawa ke labour room dan aku terpaksa menjalani CTG ..nampaknya ada contraction untuk bersalin...dan doktor dtg membuat pemeriksaan bukaan baru 2cm...aku tidak dibenarkan balik...dan terpaksa warded...masa dlm wad apa yg mampu aku lakukan hanya berdoa dan baca surah-surah yg telah aku amalkan..hubby sentiasa menemani aku ketika sakit...dlm pukul 8mlm seorg sister datang dan buat pemeriksaan bukaan masih 2cm dan kepala bb masa diatas lagi...tetapi contraction semakin kuat...kali nie penuh cabaran jugak untuk aku bersalin...dalam pukul 12 Dok Haizal dtg dan memeriksa kali ini bukaan telah 5cm aku terus di bawa ke labour room untuk pecah air ketuban....si suami sentiasa berada sisi dan memberi kata semangat....
Aina Delisha puteri ke-2 kami ....kelahirannya di bulan ramadhan
28.08.2010 jam sudah menunjukkan pukul 1am ...aku dah merasaikan saat kesakitan untuk meneran dan terasa bb mahu keluar....apakan daya nurse dan bidan yg berada dibilik untuk membantuku bersalin mengatakan kepala bb masih berada diatas....aku try push bila bukaan telah 10cm...apa yang terjadi kepala bb masih tidak turun sepenuhnya.....sehingga lah jam menunjukkan pukul 6pagi...aku masih cuba meneran dengan sepenuh tenaga dan doktor cuba menarik kepala bb keluar tp tidak berjaya....akhirnya tenaga semakin hilang...kesakitan yang terlalu kuat amat dirasai dan hanya ketika itu aku berserah kepada tuhan sekiranya nyawaku setakat disitu....tiba-2 doktor bersuara...bagaimana pn.zuraidah...kita terpaksa ceaser ..aku memandang muka sisuami dengan sayu dan tidak bermaya lagi...akhirnya sisuami membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa kami berdua dengan ceaser.....ya..allah hanya tuhan sahaja yang mengetahui bagaimana kesakitan yang aku alami ketika itu...hanya suara kesakitan dan tangisan sahaja pada ketika itu... setelah doktor pakar bius sampai aku telah dibawa kebilik pembedahan tanpa diiringi oleh si suami...dan aku meminta kebenaran kepada doktor untuk suamiku berada disisku ketika aku menjalani pembedahan....aku separuh sedar ketika doktor membelah pewotku...si suami sentiasa berada disisi dan melihat apa yang berlaku....dalam 10minit aku dengar si kecil menangis...dan hanya mendengar suara doktor mengatakan...tali pusat telah terbelit di kedua-dua kaki si kecil....alhamdullilah semuanya selamat dan selepas kelahiran secara ceaser aku hanya dapat memberi kucupan seorang mama kepada sikecil dan selepas itu aku tidak sedarkan diri selama 6jam dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu....
 Aina Delisha dilahirkan dengan berat 3.5kg
Ini lah pengalaman keduaku untuk saat-saat melahirkan zuriatku dan pewaris keluarga kami....sehingga kini dan telah 26hari aku berpantang...kesakitan dan luka akibat kelahiran secara ceaser masih belum beberapa sembuh lagi...doaku semoga diriku kembali sembuh dan semakin kuat untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan mama untuk si suami dan puteri-puteri yang tercinta.....

 Sinaran mata sikecil melihat alam maya...
sungguh comel.....

kedua-dua puteri kami....mirip muka mereka serupa 
ketika kelahiran...


Wednesday, August 25, 2010

gindu kat dak nenet - kakak dania....

gindu nyer kat budak nie.....kenapa mama gindu...sebab dak nenet dah kene pos kat melaka...tinggal ngan nenek cha...kecian tul sebab mama dah makin tak larat dan sedang menghitung hari nak melahirkan adik tuk dak nenet...lepas nie dak nenet dah jadi kakak...hihihihi bila tanya...kakak apa?? kakak dania....cian anak ku nie...menunggu adiknyer keluar dari pewot dan rahim mama nie....tak sabar dia nak melihat adiknya lahir kedunia ini dan menjadi rakan untuk dia menari-nari...bermain masak-masak..dan mewarna....alhamdullilah doktor pun sudah mengesahkan bahawa dak nenet akan dapat adik yg sama sepertinya jugak.....bila tinggal kat rumah nie sorang-sorang...gindu pulak tak der kawan nak bergaduh....selalu dak nenet lah tmpt mama bergaduh...menjerit-jerit....maafkan mama sayang...selalu sgt marahkan awak dan selalu mama nie cepat sgt tangan nak mencubit dan membabap kamu....kekadang mama ilang sabar kerana kepenatan....lepas nie mama akan luv u anak-anak mama nie....tunggu lah kepulangan mama ngan papa dan adik tuk mu.....mama tak kan bezakan antara kamu berdua...dua-dua mama ngan papa akan luv u....luv u sesangat....sebab kamu berdua adalah harta yg paling berharga untuk kami sekeluarga......

Thursday, February 04, 2010

Aku Mabuk lagi...

    Lama dah aku tak menjenguk blog aku...apatah lagi tanaman-2 dan binatang-binatang aku di farmville Facebook...ini kerana disebabkan semuanya angkara.....Aku mabuk lagi...hee..hee..apesal kene mabuk lagi..sebab aku pegnentkan tuk anak En.Muhammad Sharil Bin Abd Karim bt yang kedua kali...kali nie impian anak aku si dara dania tuk ada kawan dan ada bb termakbul kerana mama nyer tgh sarat mabuk-2 dan penin-2 tuk adiknyer didalam pewot nie....seperti benda yg sama aku lalui masa peknenkan dania..tp kali nie aku berdoa tidak lagi dicucuk air dan ditahan hospital...tak sanggup aku lalui.....kadang menangis aku bersendirian sebab tak tahan ngan alahan muntah-2 macam nak tercabut anak tekak nie...huhuhuhu saper jer nak paham....yo...
    Kadang-2 tue terpikir gak aku..biarlah papa dania yg kene penyakit buatan dia sendiri nie...aduiyaii.....biar pulak dia rasakan kehebatan dan penangan untuk membawa pewot selama 9 bulan nie...doktor dah mengesahkan..kandungan aku sudah pun 9 minggu...sekejap jer rasa dah 9 minggu ghupernyer...
untuk kawan-2 seperjuanganku..diana..ida suryani..kak yan..mastura..badariyah...dan yg sewaktunyer..marilah kiter bersama-2lah kita menempuhi onak duri ...mabuk lagi nie yer...

p/s: untuk ummi sara ngan abi sara...cpt2 lah bt production tuk yg seterusnya yer....kami mendoakan...



Sunday, November 01, 2009

kasih sayang antara kami bersama keluarga si dara sara...(continue story from ummi sara..)

Terdetik hatiku bile membaca luahan hati seorang ummi....yeah ummi sara...seorang sahabat yang semakin akrab bagi kami sekeluarga...dan seorang permata yang sungguh cumel...iaitu alisya qaireen..menjadi anak kami yang kedua..dan seorang abi yang menjadi rakan gelak ketawa kami dan tempat dania bergurau senda....sebuah keluarga yang hebat...sekiranya tidak berjumpa..kehangatan kerinduan memang terasa...terutama bagi anak daraku dania...taatkala kami di melaka...dania hanya melihat wajah sara yang seperti adik beradik di skrin laptop ini.... mulailah menjerit-jerit dan abih skrin laptop aku nie di cium-cium taatkala waja si sara di lihatnya.....sehingga ada satu malam dania merajuk tak mo tido...aku pun pujuklah...nanti kita jumpe sara yeah...dania nak jumpa sara...naluri sekenit dengan sepantasnya terus menganggukkan kepalanya menandakan setuju....baik sungguh anak daraku ini...ingatannya terhadap sara memang kuat....hanya sara sahaja kenalinya sejak lahir lagi..bak kata ummi sara sejak dalam pewot lagi mereka dah berkawan...hee..hee...dengan memujuk sidara dengan berjanji akan jumpa si dara sara...terus si dara ku lelap tido....dah janji mesti kotai.....hee..hee... baru-baru nie aku balik ke KL ..yeah lah dah lama aku tinggalkan suami dan rumah ku di sana....ermm...setiap kali kami balik ke KL ...tak pernah kami lupakan keluarga ini...iaitu keluarga ummi sara.....papa dania pulak satu opis ngan ummi sara...apa-2 pun bila kami balik ke KL ummi sara dia lah org pertama yang mendapat info bahawa kami akan balik kesana...isshhhhh tak leh nak suprised langsung...nie mestilah kekecohan dari papa dania.....tak leh kover langsung....hee...hee...hee....kami akan bersama-sama melepak ngan keluarga dak sidara sara... tak kat sopping kat rumah...antara rumah kami tak pun rumah ummi sara....hee..hee...untuk ummi, si dara sara, ngan abi sara...jgn serik lak datang rumah kami di tingkat 5 dengan mendaki tangga yang paling teratas..nak buat camner papa upit dah syok naik tangga tiap-2 hari...melompat dan girang gembira bila papa bersuara...jom mama kite pindah rumah...duduk rumah yg tak der tangga...wahhh bilalah aku dapat mendengar ayat tuee...tunggu jer lah.....si dara kalau gi rumah ummi sara dia lah orang yang paling gembira..mana tak nyer umpan dari ummi sara ...dania nak miming...hee..hee..suka lah si dara...nampak swimming pool....biasa lah acap kali si dara bertemu sidara sara ..abih di cium-ciumnya...dia lah org yg paling sibuk nak mendukung si budak embam tue..macam kuat sgt nak dukung dak sara tue....hee..hee...dak dara memang nakal....abih menan dak dara sara dia main...bior ler esok dak sara belasah kan dia ...huhuhuu mama gelakkan...tue pun dak sara dah usha-2 jer tgk dania main menan dia...ermm macam-2 karenah si dara ku ngan keluarga ini...





keakraban dan kemanjaan si dara ngan si dara sara..





ciuman kasih sayang antara sidara dan sisara





kasih sayang antara si dara dan ummi sara





kemesraan si dara bersama abi sara..
 







kasih sayang antara aku dan si dara sara




hak si dara sara hak si dara dania jugak....

(muke tak bersalah jer..)



ermm untuk ummi sara tak mo sedih-sedih yer...kami tetap bersama kalian sekeluarga...dan di dara kite berdua ini akan tetap menjadi penghibur kita..walaumacamana keadaan sekalipun....dan keakraban kekeluargaan ini akan kekal dan tidak akan terpisah walau dicorok mana kami berada....insyaallah...kami cintakan kalian semua....luv u to....




Wednesday, October 21, 2009

interbiue SPP mencemaskan....

SPP?? apa tue spp?? suruhanjaya pilihanraya....???? eehhh bukan lah suruhanjaya perkhidmatan pendidikan....Alkisahnya...semlm aku melalui satu intebiue dari SPP untuk pengesahan jawatan ku sebagai pendidik...memang mencemaskan...sebab ramai dari survey yg aku buat pada bekas-bekas yg telah mengalami temuduga...org yg menemuduga dari SPP nie adalah org vateran yg lama-2 dah berpencen dan ada yg tergolong dari pangkat-2 Datuk....wah memang cemas....ada pulak dengar khabar cerita ada yg kuar dari bilik temuduga menangis...sebab tak dpt jawab atau kene kondem dari penemuduga....??? wah seram...seram aku.....punyer lah study giler-2 untuk perihal isu semasa, pasal falsafah pendidikan dan mengenai isu pendidikan....
memang study tak cukup tido lah untuk interbiue nie...takut ler ...cemas ler...semua ada...bile tibe jer masa rasa nak terberak ler..terkencing ler...aku nie memang gitu...klu ada bende-2 yang nak presentation mesti aku nak terkucil...bile lah habit nie nak ilang dari diri ku....hee..hee...cool...cool...pepagi aku dah bangun solat subuh..pastu minum segelas air nestum untuk tenaga pagi nie utk intibiue....keluar dari rumah dengan pakaian baju kurung berwarna coklat...handbeg coklat...nak kata kan semua lah dari atas sampai bawah match kaler cokelat....pasal baju...itu lah baju yg aku gemar klu ada g intibiue...masa mtest kpli pakai baju tue....g intibiue kpli pun pakai baju tu....baju tue lah membawa rezeki aku untuk menceburi bidang perguruan....wah sampai kat tempat intibiue tue aku dah mula cemas....mula-2 daftar dulu...aik makcik yg nak daftarkan aku nie terhegeh-hegeh lah pulak...leh bual-2 pasal isu rumahnya kat putrajaya.....?? aku nie dah macam-macam rasa nie....lepas daftar tue kene tunggu kat luar bilik temuduga...sempat lagi hafal-2 apa yg patut isu sensasi keluar...opppp.... bile jer tibe giliran aku....tuk...tuk...Selamat Pagi Puan Askum Tuan...yer lah sorang tue pompuan cina..yang sorang tue lelaki melayu.....wah..dengan semangatnya aku memperkenalkan diri aku dan latarbelakang aku sebelum aku menceburi bidang perguruan ini....nampaknya...penemuduga amat berminat mengetahui kisah silam hidup ku.....aku pun bantai goreng ler...seronok bercerita sampai tak ingat masa dah nak abih...huhuhuu.....satu yg aku baca dan hafal langsung penemuduga tue tak tanya...alhamdullilah....tp...benda yg aku tak baca pulak dia tanya...iaitu senaraikan 5 menteri dalam kabinet....huhuhuuhuu....alamak...cemas...cemas....memang aku tak hafal....tetibe dia tanya aku menteri pembangunan wanita...aku pun jawab ler dgn konfiden...datuk senator saharizat kassim....apa saharizat kassim? mana pulak aku dpt nama sharizat kassim nie...tetibe lak dtg blur aku....huuuuhu apa lagi tergelak lah penemuduga tue....waah....waahh....wahh...oooooo datuk senator sharizat abd jalil lah....!!! hongok tul aku nie....yang paling mengelikan hati penemuduga tersebut sekali lagi yer lah..aku nie tak leh nak kover tetibe lak terbuat lawak....iaitu menteri kebudayaan dan warisan ....aku dah blur...kat kepala hotak aku teringat dia adun kg laki aku...JELEBU..pastu aku leh lak terlepas ckp...yee..yee...saya kenal org tue...dia pakai cemin mata...kecik-kecik org nya...adui tak ingat lah nama dia...saya tahu menteri tue...lama gak aku terkial-2 cari nama menteri tue..tetiba termuduga tue memberi clue rais...ooooooo yeee...yeee saya ingat Datuk Rais Yatim...wah kemain seronok yer termuduga tu gelakkan aku....tak tahu lah dia bagi aku lulus ke idak nie....ampun tak nak amik balik aku rasa intibiue nie...mencemaskan diri kuuuuuuuuuuuuuu............ooooo tidak...semoga Allaah s.w.t memberi kejayaan keatas usaha-usaha ku semalam....amin.........

Wednesday, September 30, 2009

Aidilfitri yang bercahaya buat si dara ku Dania

Nak selitkan secebisan soroton aku ketika berhari raya pada tahun ini....alhamdullilah dah abih pun bulan syawal....hee..hee..lambat lak nak ceritera kisah raya aku bersama famili tercinta kat dlm blog yg makin berkabur ini....kerana sibuk dengan tugasan di maktab, ngan prepared tuk intebiue pengesahan jawatan lah...ngan test lah...menyebabkan aku tak sempat nak melayari blog aku nie ....anyway...raya tahun nie aku tak pat menyediakan duit raya untuk kekanak...hee..hee..maklumler tak koje lagi acik nie....walau macamaner pun aku nak terima kasih kepada yg sudi menseponserkan si dara aku nie baju raya....
Wah tahun nie kami beraya sakan di Melaka....byk gak anak dara ku nie bt collection..skrg dah pandai...salam org..nak mintak duit raya..bukan mama n papa ajar yer nak....dania pandai sendiri kan....huhuhuhu...
Al-kisah di pagi raya yg hening..teringat kembali arwah yg dah lama pergi..dekat 5tahun gak kami beraya tanpa arwah...ermm tahun nie pulak yg beraya di melaka aku n famili dan akak aku ngan anak-2 dia ...ermm sayu hati mak bile anak-2 lelakinya tak beraya bersama...apa-2 pun si daraku ania menghiburkan kami di pagi raya..mana tak nyer..dah dia bersalam-salam ngan nenek dan mak sedara nyer..dapat lak angpau raya...ingat dia amik bagi papa...tup...tup...kat tangan dah tak der kertas angpau..dah ler kami bertanya kat ania...mana angpau nyer..duk cari-2 ghupernyer dah di masukkan dalam tong sampah...ahaa..ahaa..nasib jumpe balik klu tak untung duk lori sampah ler...kelakar betul si kenit nie...dia ingat sampah... tu pasal dia campak dalam bakul sampah tu....kuih raya tak payah cakap ler..abih semua kuih raya atas meja tue yg nak dia makan...yer lah tahun lepas tak tahu aper itu kuih raya...tahun nie si dara dah mengenali aper itu kuih raya...ok chow ...ini lah sorotan aidilfitri aku pada tahun ini



famili tersayang..papa..mama..dara......


Potrait famili Mak Besah di Melaka

 
Si dara yang merajuk tak pat duit raya.....




Keayuaan anak dara ku berbaju kurung
di hari raya aidilfitri...
                                               



















Thursday, September 10, 2009

dania ngan sara miming...

continue the story.....kisah anak daro ku dania ngan si sara debok yg berswimming pool sambil di temani oleh papa dan abinye ...mak-mak nyer duk nengok sambil mensnap telatah mereka....ahaa dania klu sebut jer umah umi sara ngan nak jumpe sara...anguk kepala bukan sekali berkali-2 pastu terus ...laju jer cari kasut .....emmmm anak ku..anak ku...wah sampai jer umah ummi sara...dia dah nampak pool..riuh mulut nampak pool....(p/s)sbnrnya dania suh papa cari rumah yg ada pool...hee...hee...itu pun papa tak faham-faham gak...
erm dulu aku ada janji kan nak tepekkan gambar mereka yg seronok ngan bermiming....jeng-jeng...mari nengok aksi-2 mereka semua....


bapak-bapak sedang mentrain anak-anak dara mereka berenang


dania : sara jom kite berenang sendiri kita dah teror nie..
sara : tak mo lah...tatut air lah dalam nie...


dania : tak per kite ada leh selamatkan awak
sara : tak mo kite tatot.....


dania : klu tak mo kite nak sayang sikit
sara : emmm abih ler pipi embam kite nie


akhirnya kenakalan dania telah dikurungkan didalam angsa tersebut

hobi baru papa dania

ahaa lama dah tak post kat dlm blog nie...dah berkabus aku nengokkan blog nie.....bukan apo..sibuk ngan tugasan harian di sekolah ...ini pun sempat lagi post sebab dah tak tahu apo nak bt...kire tgh free time lah...alkisahnya...si papa dania yg sekarang ada hobi baru...iaitu mensnap gambar anak daro dio aje...mamanyer dah tak der heran lagi...apelah nasib ku yer...(merenung masa depan)..almaklumlah papa dania baru sambar D2500 tak silap aku lah...aku nie apo tahu....asyik duk kene kelentong je ngan papa dania nie...huhuhu katanye nak g survey...tup..tup...dah angkut bawak balik....
ermmm tak per sebab kan dah jadi hobi...nanti cuti sekolah nak ajak papa dania g jalan-2 snap gambar kami...ahaa nak ajak ummi sara ngan dak sara deboks gak lah..leh amik gambar kami semua...


Saturday, August 01, 2009

citer si dara ku yang semakin membesar

Ari ni ngan tekak sakit...alamak memang demamlah ....abis dah makan ubat siang tadi...lalok semacam ...satu ari nie tido...tanpa ganggu...agaknya si daro tahu mamanya tak sihat...aik...takut gak si dara menerima virus dari mama dia nie...ari nie pulak dah ada org yang sakitkan hati aku...memang terlampau sakit hati...aku paling tak suka org yang suka janji-janji...tp alih..alih lain pulak jadi nya....ermm nak luah pada sape...luah dalam blog nie jer lah....kadang boleh sabar dan kadang-kadang aku memang tak leh sabar...tambah-tambah badan tak sedap rasa hari ni....mulalah setan nak merasuk pikiran aku nie....nauzubilah....
ermmm ok lah stop the story....bosan nak pikir-pikir benda-2 bodoh nie...kali nie aku nak bukak topik pasal si daro aku...ahaa...dah besar lah anak gadis ku nie...dah buleh harap semua...Oh Yeah...Alhamdullilah walau sesibuk mana aku, dapat aku membesarkan anak daraku dengan baik dan kelihatan begitu banyak perkembangan yang telah berlaku dalam pertumbuhan pembesarannya...yang mustahilnya kenapa gg si kenit nie tak timbul-timbul lagi...risau juga...dah 1 tahun 2 bulan anak daro ku ini....tp gerak perilaku semacam org dewasa...apa kite buat dia sibuk nak buat....si dara dah pandai mengimbang tubuh badannya untuk berjalan...begitu bersemangat si dara apa bila dia di latih berjalan...sehingga kini bukan saja berjalan...berlari pun dah laju...nak jadi pelari pecut agaknya si dara nie...aahaa si daro semakin nakal...ada aje dia nak buat kat dalam rumah nie...skrg dah abis satu rumah nie dia jelajah...dan habis dia berkemas....org menyapu dia pun sibuk nak menyapu...ahaa penyapu lagi besar dari dak si kenit tue...
klu tgk tv ahaa...mengalah kan org besar...dia ajer lah nak duk kat depan tv tue...ahaa lagi satu tabiat si dara aku ni...dah pandai dah nak ikut org g jalan..pantang nampak aku sarung tudung mulalah dah rengek-rengek nak ikut...ermm terpaksa lah janji nanti mama bawak dania jalan ekk? tp tue lah klu dah janji dia pasti ingat sampai bila-bila...time aku balik sekolah jer dia dah mula dakap nak g jalan-jalan lah...aduih kaki jalan si daro ku nie...ahaa nie nak tepek kan sikit pasal aksi-aksi si daro...pic dia sedang berjalan tak sempat nak upload dlm laptop nie...nenanti lah tepek kan...

Friday, July 31, 2009

Teringat kepada yang tercinta....

Memang agak kritikal lah sejak 2 menjak nie....byk keje sekolah nak kene di perlakukan...ahaa..ahaa..tue pasal lah lama aku tak bercerita kat dalam nie...ermm tah apesal lak malam nie tak leh tido...ahaa aku bukak blog umi sara...aku baca n aku ada bagi komen sikit..tunggu lah apa dak budak sara balas balik...hee..hee... esok lak nak jadi chef kat murid-murid aku di camp ...aik mata apesal ko tak mo tido...dak dara dah tido nie...mama tak mo lak tido...
Wah byk cerita lah bulan nie...17 Julai 2009 genap lah 5 tahun aku kehilangan seorang abah yang tercinta...rindu bangat tak terkata...segala kenangan, segala kata-katanye masih tersemai dalam hati ku....abah ko lah ratu hatiku..hanya ku berdoa kesejahteraan mu di sana...dan al-fatihah ku panjatkan ...tetiba lak nak berjurai air mata nie teringatkan arwah kembali...memang susah nak lupa kan walaupun agak lama dah dia tinggal kan aku ngan keluarga...semoga roh mu sentiasa di cucuri rahmat " Ayahandaku MuhamatDan Bin Mohd Sani...
Kasih sayang dan kerinduan seorang anak....



Buat orang yang paling aku cintai...ermm tah lah sejak dua menjak nie aku rasa macam sesuatu yang tak best lah aku rasa kat diri aku nie....rasa macam jauh sangat...tak tahu ape pasal..mungkin ku rasa kasih sayang aku semakin kurang bila kami berjauhan....ermm..tersentuh gak hati nie...tak tahu nak luahkan pada sapa...tak tahu nak perbetulkan di mana kesilapan ini...rasa jauh...tersangat-sangat jauh...ermm...berbagai-bagai persoalan dan kata-kata bermain di minda ku...sedih memang bangat lah...mungkin aku terlalu sibuk ngan rutin harian di sekolah...atau pun kasih sayang kami telah tidak seadilinya ngan sama rata...terkadang ku pikir..kenapa tak seperti dulu...jeles pulak tgk org lain bahagia...arrrgghhh sapakah yang dah merasuk pikiran aku nie...nak pikir benda-benda macam tue....
ermmm mungkin kami perlu mencari kesilapan yang dah berlaku pada diri masing-2....
mengapa ada perlu ada perasan jeles menjeles...kenapa ada yg suka sibuk ngan mahligai kami...kenapa ada yang sibuk suka rasuk merasuk nie...ntah lah...Ya allah ko permudahkanlah urusan hamba mu ini, pernah gak aku luahkan padanya tp tak tahu lah mungkin kata-kata aku seperti gurauan...Mana kata-kata cinta yang pernah di lafazkan pada ketika dulu...wah hebatkan perasaan aku malam nie...ahaa sedihnyaaaaaaaaa....................kecik hati pun ada...dah lah aku nie kecik bertambah-tambah kecik lagi hati nyamuk ni....apa lah aku merapu malam yang tak seindah malam bagi ku....
Satu pekara perlu orang tahu dalam jiwa aku nie...kalau aku kata A...A lah jawapan dia..klu aku dah tak suka ..tak suka lah aku kata....memang tak suka lah...!! sapa suh bt aku tak suka....dari aku jadi suka terus aku tak jadi suka.....!! Mak aku sendiri pun dah masak ngan perangai aku...memang dari dulu perangai aku dah macam nie...wah betapa buruk kan perangai aku nie....nasib baiklah si pengarang jantung aku si dara menjadi pengubat luka lara aku...wah pasal si daro lak..tetiba si daro dah terbabit dalam emosi aku...
Dengan harapan aku dapat perbaiki kesilapan ini dengan kesabaran dan jalan yang telah di permudahkan oleh Allah s.W.T ....

Tuesday, July 07, 2009

aku di "tag" ummi sara....

Haa..haa...kire tgh free jugak lah nie...tgh blur-blur nak siapkan keje sekolah nie..aku pun bukak ler blog..nengok-2 lom lagi aku reply tag dari ummi sara nie..kang tak der ngajuk lak kak cik nie ....Ini lah first time aku dapat tag dari ummi sara…wei cik ..aku tak reti tag..tag nie…tp aku amik jer lah tag yg ko bg nie…hee..hee..kene letak 3 jer ek gambau…arhh tp aku peduli ape nak letak gak bebanyak…huuhuhuu ahaa…nak nengok ler gambar candid hero n heroin aku nie....


ahaa pic candid nie aku amik masa aku terbangun kul 6pagi nak g sekolah...nengok anak beranak nie syok jer tido ..org bising-2 pun dia tak sedar..tue lah papa burik anak nyer rintik...
yang pic kat sebelah tue papa yg candid utk aku n si dara..masa tue si dara baru 4 bulan..yg penting papa suke nengok gambau tue sebab kemesraan kami terserlah keayuaan nyer...ahaa..ahaa...jgn jeles papa...;))


sempat aku candid si dara aku nie tido...time nie aku tgh bersiap-2 gak nak g sekolah aku nengok si dara aku tido perilaku sebijik cam papa dia...klu nak tahu hubby aku suke tido macam ala-2 gaya memikirkan sesuatu...ahaa kan anak dara dah ikut...mlm tue si dara nak tido ngan bau baju papa...selalu nak kain busyuk..


yang pic nie aku candid...ini lah papa mithali...serba buleh tido kan anak pun buleh...susukan anak pun buleh...tp bile si dara kat dakapan papa ajer...abis..luntur bedak kat pipi si dara


pic candid nie masa kat mcd..first time si dara gumbira dapat makan french fries...pastu lak dia tak dpt kacau mama ngan papa dia makan sebab dia kene letak kat dlm baby chair..gumbira...yeah...gumbira....


klu nak tahu pic nie aku amik masa dalam aku berpantang...masa nie dak dara buat muke sebijik muke papa suke bt kat mama...tue lah masa aku ngandung kan dak dara...papa suke bt muncung..kan dak dara dah ikut....itu lah perangai buruk hubby aku...ahaa..ahaa...sori papa bocorkan rahsia...

Monday, June 22, 2009

selamat hari bapa tuk papa dania...


happy fathers day papa!!....terima kasih kerana menjadi papa yang terbaik buat mama n sikenit...terima kasih kerana menjadi hero dalam hati kami berdua....dan menjadi pelindung dalam kehidupan kami...tanpa papa tiadalah seri kegembiraan dalam hati kami...papa ku yang hensem lagi kacak...terima kasih kerana banyak bersabar melayani karenah kami anak beranak...walaupun hadiah yang diberikan sikenit telah menduga kesabaran seorang papa...hee..hee...busyuk kan hadiah dari sikenit...huhuhuhu...sabarnya hati papaku ni....doa kami semoga papa dapat menghiburkan kami sekeluarga...dan memberikan kami kegembiraan, kebahagian...kasih sayang sepenuhnya...dan papa jgn marah-marah...klu kami berdua nakal-nakal...hee...hee..mama tahu ..klu kami berdua tiada disisi papa..mesti papa akan merindui kami berdua....miss u papa....luv u papa...

A Dad is a person
who is loving and kind,
And often he knows
what you have on your mind.
He's someone who listens,
suggests, and defends.
A dad can be one
of your very best friends!
He's proud of your triumphs,
but when things go wrong,
A dad can be patient
and helpful and strong
In all that you do,
a dad's love plays a part.
There's always a place for him
deep in your heart.
And each year that passes,
you're even more glad,
More grateful and proud
just to call him your dad!
Thank you, Dad...
for listening and caring,
for giving and sharing,
but, especially, for just being you!
Happy Father's Day




big..big famili....


al-kisahnya....bertambah lah ahli keluarga ad-melaka99 .....sekarang pun dah riuh rendah ngan suara sikenit-kenit yg cumel-2....13 june 2009 kami sekeluarga telah mendapat undangan perkahwinan dari member uitm kelas lama kami...sebenarnya bestfriend hubby masa kat uitm dulu...jadi kami pun pergilah meraikan dan memeriahkan majlis nya dengan membawa si dara kami...sampai disana...si dara kami biasalah...jumpe org malu-malu ...org nak dukung pun tak nak...mula lah merengek-rengek...hee...hee...anak ku sara deboks pun ada...kemain suka sara jumpe kekawannyer...masa kat sana kami bertemu dengan kekawan lama........dengan bawa anak teruna nyer..so meriah lah majlis tue...dengan ragam sikenit masing-masing....erm best gak kan sekali sekala bertemu kekawan lelama nie...macam-2 cerita nak dikongsikan...seronoknyer lihat aksi-aksi bapak-bapak budak ......
bersama permata hati yang bersinar...
(oooo si teruna nak ngurat si dara yer)

kecumelan sikenit ngan si bapa-bapa.....

Wednesday, June 17, 2009

sara datang rumah dania....

ahaaa...kali nie sara lak datang umah dania..masa nie aku ada buat jamuan makan-2 sikit...dah pasang niat dari kat melaka lagi...nak buat sikit-2 besday dania...tak der lah tiup-2 lilin....jemput pun tak ramai...kekawan kenalan kat sini....al kisahnya ...anak dara aku mengamuk-gamuk time nie..tah apesal...kawan-2 dtg nak main ..dia asyik nak duk kepit kat papa dia...ermm sara pun ada dtg gak masa nie...ceh sara semakin ceria bile dapat pinjam mainan si dania pulak...ahaa..ooo ari tue dania dtg umah sara...dania main mainan sara...kali ni sara datang umah dania..sara pinjam lak mainan dania ekk...

sara dtg ek.....meh leh masuk

sara nak test drive lah...

yeah sara can do it...cumel sungguh anak mama nie...
tarik pipi debok tu kan...

Tuesday, June 16, 2009

Dania di rumah sara....


Aku dah janji ngan ita...si umi sara nak bawak dania g umahnya....nak tumpang pool....nak kotakan janji si anak dara ku kerana ketidakpuasan hati swimming semasa di johor baharu ....pepagi si umi sara dah sms...jadi ke idak kami datang kerumah dia....ahaa...aku tunggu dreber ler...klu dreber bawak..kami sampai....pepagi si kenit dah bangun...nak mandi...memang rutin harian si kenit lah skrg nie...bangun jer dari tido mesti nak bukak baju ajak mandi....nak g jalan lah tue....ermm akhirnya papa bersuara...siap lah kita g umah ita...ahaa...aku pun apalagi siap-2 kan lah barang si kenit apa yg patut kene bawak....jeng..jeng sampai jer umah umi sara...
sara tgh sedap tido...dania tak leh kacau sara tgh tido...ahaa..tp dania tetap nak g bermanja ngan sara....sayang lah tue kat sara nya...ahaa....smp mainan si sara di main macam mainan nya sendiri...tak malu tul anak mama nie ....
wahh....ummi sara bagi sikenit plesent lah.....si dara dapat baju ngan kasut ler....tenkiue sara n ummi .....ermm kasut yg ummi sara bagi tue besar tunggu si dara dah 5tahun baru leh pakai kot....tibe lah petangnya...sikenit macak-2 kat umah ummi sara tak mo tido...maybe nak miming kot..aku pun bawak lah kenit g mandi...sara pun join sekali...seronok betul anak-2 mama nie mandi pool yer...sara yang takut air pun lelama suke duk miming...sidara lagi ler...org kata dah..dah...dia masuk kan kaki dia dalam air...ahaa mandi puas-2 sampai dah muntah belahak baru nak naik balik...klu tak dia lah ratu air pool...masa nie tak bawak lak kamera...so tak dpt lah nak amik aksi-2 anak-anak mama miming kat pool...ok next time klu kite dtg lagi miming...kite snap gambau mereka yer....


Monday, June 15, 2009

Cuti-2 Untuk Dania...

Ermm macam biasa lah...bila start cuti sekolah aje ...ada lah kat kepala aku nie nak bawak si buah hati ku berjalan.....Kami dah buat planning nak bawak si anak dara kami bercuti....destinasi kami nak serang kali nie ialah Johor Bahru...cadangnya sambil bercuti leh lah g rumah kawin kawan sekelas aku di maktab....ermm awal pagi kami dah bersiap nak bertolak ke johor...si dara pepagi dah bangun macam tetahu jer kami nak bawak dia g berjalan...dia punyer hati berbunga-2 macam kembang si teratai... nak berjalan punyer pasal...sampai nenek nak amik pun dah tak nak....betul anak dara ku yg kuat berjalan...dalam perjalanan sidara aku tido ajer...yer lah perjalanan dengan cuaca hujan turun lebatnya...kesejukan aircond....sedap ler dia tido.....dalam hati aku berdoa semoga perjalanan kami selamat sampai...ermm dalam kul 11 pagi kami sampai ke Johor Bahru...Hotel pun dah booking...kami stay di Selesa Hotel...wah anak daraku punyer seronok bile nengok bilik hotel tue..terlompat-2 dia atas katil....pastu lak view dengan swimming pool...memang kesukaan anak dara ku lah....ermm tak tentu arah...nak g miming....
Kami ke Danga Bay ..kebetulan disana ada pulak jom heboh ...silap hari lah pulak...aku ngan hubby bukan suka pergi tmpt-2 yg sibuk-2 dan ramai-2 nie...tambahan pulak ngan bising-2 nie...ngan jalan jem lagi....kami bawak si dara ku g bermain pasir...kata org utk bagi budak cpt jln kene bawak dia jalan atas pasir....mengenalkan dia dengan rasa aroterapi pasir.....ermm tp hampeh ....usaha kami sia-sia...sekenit...tak mo pijak pasir tue langsung...seolah-2 geli tapak kaki nya nak pijak...betul-2 sipengeli si dara ku nie...
beberapa kali kami cuba menyuruh memijak kaki nya kepasir....hee....hee...nak tahu apa si dara ku buat...dia pijak kaki papa nya balik...anak bertuah betul....dara..dara...camnie bila lah nak pandai jalan...awak tue dah setahun...gigi pun tak tumbuh lagi....merunsingkan hati mama lah camni.....ermm..tak per lah kan slow...slow..usaha tangga kejayaan...
Kami balik ke hotel..petang nye kami bawak si dara g miming...wah seronok gila anak dara ku...
smpi tak puas mandi...dah biru-2 bibir sejuk....cian nyer anak mama nie...nanti kite g miming tmpt lain pulak yer.... nanti kite g umah ummi sara..pinjam swimming pool kat umah ummi sara yer.....nanti leh miming ngan akak sara....antara aksi-aksi si dara ku.....

dalam bilik hotel...anak papa lah tue.

Di danga bay..setelah penat berjalan

dania tak mo pijak....gelilah..

Ini lah aktiviti yang dania suka

Akhirnya kami nak pulang.....

Bodoh punyer penjahat.....

Al kisah berlakunya sewaktu aku sedang menjalankan Latihan PBS di sekolah keb ss19 di subang jaya...masa tue hari terakhir aku menjalankan latihan kat sekolah tue ermm 4 April 2009 ni lah ...kebetulan hari tersebut aku lambat sikit kuar sekolah...sebab nak bantu cikgu jaezah nie siap kan dewan untuk buat pertandingan pidato...ermm ari tue ari jumaat..aku pun dah janji ngan bebudak opis lama ...nak jumpe kuar makan sesama kat subang parade...aik nak jadi kan kisahnya...memang tak der rezeki aku nak jumpe kekawan lama....masa nak balik...utk dpt kan kete..aku tgk kete aku dah lain macam...rupa-rupanya cermin sisi penumpang bahagian telah di pecah oleh penjahat yang tongok lagi bangang..tahu tak ape yang dia curi...roadtax kete aje...abis dia koyak kannye...dah lah tak senonoh koyak nya...sebaik ler masa tue aku tak bawak laptop...klu tak memang menangis terguling-2 ler...erm hubby mengamuk ler..sebab itu ketenya....aku g lah buat report kat balai...ermmm setakat report..kertas taip kene bayar 2 hengget...polis pun macam endah tak endah ajer ngan report kiteorg...ngok tul...cermin pecah tetap kene repair....ermm bukan rezeki kami lah bulan tersebut...mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku....tp penjahat ko tetap tak kan selamat...di dunia dan di akhirat.....

Ini lah rupanya...penjahat bodoh..ngek-ngok...tak der kesedaran sivik..