aku...dia dan kami

aku...dia dan kami

Thursday, September 23, 2010

Bertarung nyawa untuk Aina Delisha

   Dania Junior.....
28.08.2010 ....pukul 6.31am adalah tarikh yang di pilih oleh puteri ke-2 ku untuk keluar dari rahim ku....kelahirannya adalah secara ceaser ....setelah aku bertarung nyawa untuk cuba melahirkannya secara normal selama 6jam tidak berjaya...walaupun bukaan pintu rahim telah 10cm dan contraction yang sangat kuat sehingga aku tidak mempunyai tenaga untuk meneran dan kesakitan yang begitu kuat aku rasai...dan suamiku yang sentiasa disisi telah mengambil keputusan untuk memilih jalan secara kelahiran ceaser kerana Aina Delisha tidak boleh di lahirkan secara normal kerana doktor pun tidak dapat memastikan apa masalahnya...padahal kepala bb sudah turun dan doktor tidak boleh menarik keluar....kerana terlalu lama kepala bb di pintu rahim dan hampir lemas aku terpaksa akur untuk melahirkan Aina Delisha secara ceaser.....


kali terakhir berbuke pose bersama 
opis mate papa..
(curik gambar nieh dari ummi sara)

26.08.2010 aku ke klinik Victor  yang berdekatan dengan area rumah ku untuk mengambil MC kerana tidak larat untuk ke sekolah bertemu murid-murid ku...kadang-kadang aku dah rasa contraction untuk bersalin....tp tak mungkin aku akan bersalin awal mengikut pengalaman melahirkan Dania dulu aku telah terlebih hari.....biasalah nak amik MC pun doktor nak bt checkup gak...doktor dah sahkan bahawa kepala bb dah enggaged mungkin dalam 2-3 hari doktor kata aku akan bersalin...sempat lagi lepas amik MC aku g Sunway Pyramid Shopping di Jaya Jusco beli apa yg patut untuk persiapan bersalin nanti..ingat nak cari anak dara ku Dania beg tuk pakai hari raya...tp tak der yg berkenan...hari tue gak aku janji ngan hubby nak bebuka puasa sama dengan opis mate dia kat bangsar...yer lah buring gak aku kat umah buke pose sorang-2....walaupun dah rasa sakit-sakit...aku tetap gagah diri semangat...pg opis hubby amik dia dan lepas tue terus g bangsar ...Restoren Chawan menjadi pilihan utk berbuka pose....ahaa sempat gak aku g soppin kat bangsar village ngan hubby dan dptlah capai beg tangan untuk anak dara aku beraya nanti....menu buka pose...aku teringin nak makan nasi beriyani sepinggan lantak sebelum bersalin akhirnya tercapai dan sempat makan aiskrim baskrin robbins sebelum pulang...tercapai hajat nak makan benda-benda nie sebelum bersalin...sebaik ada ummi sara ngan abi sara yg baik hati nak hantar aku pulang kerumah kerana risau dan takut aku bersalin dlm kete ketika drive kete sendiri nanti....malam tue aku dah rasa sakit-sakit tp aku buat tak tahu jer..buat macam biasa....hubby pun lewat pulang keje..aku pun dah tido dulu...dlm pukul 3pagi aku dah terkejut rasa sakit dtg balik...aku berlari ke toilet kerana rasa nak muntah..apa yg aku makan semuanya keluar balik...

27.08.2010 lepas aku mengalami muntah-2 aku cuba tido balik...tp tak buleh gak...rasa sakit datang sekejap-sekejap yg tak sekerap....aku kejut hubby dlm kul 4.30 untuk bersahur...sebab tak larat nak masak aku ajak hubby bersahur di Kedai Mamak...wah melantak aku..makan roti telur...makan mee goreng mamak....lepas balik sahur...aku sambung tido balik...tetiba aku terkejut sebab kesakitan nak bersalin dtg balik..tp tak sekerap .....niat di hati hari nie aku nak bersopin lagi...nak mengemas rumah..nak pasang langsir nak mop lantai...tp niat tak kesampaian bila tiba pukul 10pagi aku dah sakit macam org nak bersalin...setiap minit aku kire...kali nie sakit datang 20minit..20minit...hubby jengah aku di bilik sedang mengerang menahan kesakitan...berapa kali aku tawaf bilik dengan membaca doa yang apa patut.....sehingga tidak dapat menahan airmata kesakitan.....hubby ajak aku ke hospital..tp aku tak mahu sebab blm ada keluar tanda seperti lendir dan darah....sempat lagi aku mengoder hubby air kelapa tepi jalan lepas pulang solat jumaat...hari nie terpaksa aku buka pose kerana kesakitan.....yang semakin 15minit...15minit....hubby amik keputusan EL kerana risau dengan keadaan aku yg seperti sakit seperti org nak bersalin....beberapa kali suamiku mengajak ke hospital tp aku dengan keputusan tak mo....dalam pukul 3pm  aku ajak hubby keluar untuk berjalan-2 ...kata org byk berjalan cpt dan senang nak bersalin..tgh sakit-sakit ada hati nak ajak si suami pergi sopin..semua barang utk bersalin dah aku standby dlm kete...apa-apa kang terus jer lah g sepital...blm sempat nak g sopin...aku dah rasa kekerapan contraction yg 10minit..10 minit.....terus aku ajak hubby pergi kehospital...dalam perjalanan ...kami dah telepon Doktor Haizal...dimana doktor yang akan menyambut kelahiran masa aku bersalin nanti...sampai sahaja di KPMC aku pergi ke toilet membuang air kecil melihat kuar tanda darah dan lendir...dalam hati...mungkin aku akan bersalin hari nie....aku di bawa ke labour room dan aku terpaksa menjalani CTG ..nampaknya ada contraction untuk bersalin...dan doktor dtg membuat pemeriksaan bukaan baru 2cm...aku tidak dibenarkan balik...dan terpaksa warded...masa dlm wad apa yg mampu aku lakukan hanya berdoa dan baca surah-surah yg telah aku amalkan..hubby sentiasa menemani aku ketika sakit...dlm pukul 8mlm seorg sister datang dan buat pemeriksaan bukaan masih 2cm dan kepala bb masa diatas lagi...tetapi contraction semakin kuat...kali nie penuh cabaran jugak untuk aku bersalin...dalam pukul 12 Dok Haizal dtg dan memeriksa kali ini bukaan telah 5cm aku terus di bawa ke labour room untuk pecah air ketuban....si suami sentiasa berada sisi dan memberi kata semangat....
Aina Delisha puteri ke-2 kami ....kelahirannya di bulan ramadhan
28.08.2010 jam sudah menunjukkan pukul 1am ...aku dah merasaikan saat kesakitan untuk meneran dan terasa bb mahu keluar....apakan daya nurse dan bidan yg berada dibilik untuk membantuku bersalin mengatakan kepala bb masih berada diatas....aku try push bila bukaan telah 10cm...apa yang terjadi kepala bb masih tidak turun sepenuhnya.....sehingga lah jam menunjukkan pukul 6pagi...aku masih cuba meneran dengan sepenuh tenaga dan doktor cuba menarik kepala bb keluar tp tidak berjaya....akhirnya tenaga semakin hilang...kesakitan yang terlalu kuat amat dirasai dan hanya ketika itu aku berserah kepada tuhan sekiranya nyawaku setakat disitu....tiba-2 doktor bersuara...bagaimana pn.zuraidah...kita terpaksa ceaser ..aku memandang muka sisuami dengan sayu dan tidak bermaya lagi...akhirnya sisuami membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa kami berdua dengan ceaser.....ya..allah hanya tuhan sahaja yang mengetahui bagaimana kesakitan yang aku alami ketika itu...hanya suara kesakitan dan tangisan sahaja pada ketika itu... setelah doktor pakar bius sampai aku telah dibawa kebilik pembedahan tanpa diiringi oleh si suami...dan aku meminta kebenaran kepada doktor untuk suamiku berada disisku ketika aku menjalani pembedahan....aku separuh sedar ketika doktor membelah pewotku...si suami sentiasa berada disisi dan melihat apa yang berlaku....dalam 10minit aku dengar si kecil menangis...dan hanya mendengar suara doktor mengatakan...tali pusat telah terbelit di kedua-dua kaki si kecil....alhamdullilah semuanya selamat dan selepas kelahiran secara ceaser aku hanya dapat memberi kucupan seorang mama kepada sikecil dan selepas itu aku tidak sedarkan diri selama 6jam dan tidak sedar apa yang berlaku selepas itu....
 Aina Delisha dilahirkan dengan berat 3.5kg
Ini lah pengalaman keduaku untuk saat-saat melahirkan zuriatku dan pewaris keluarga kami....sehingga kini dan telah 26hari aku berpantang...kesakitan dan luka akibat kelahiran secara ceaser masih belum beberapa sembuh lagi...doaku semoga diriku kembali sembuh dan semakin kuat untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan mama untuk si suami dan puteri-puteri yang tercinta.....

 Sinaran mata sikecil melihat alam maya...
sungguh comel.....

kedua-dua puteri kami....mirip muka mereka serupa 
ketika kelahiran...


No comments: