aku...dia dan kami

aku...dia dan kami

Sunday, June 07, 2009

"May" penuh bereti

May adalah bulan yang penuh bererti bagi ku...dimana 17 may aku dilahirkan sebagai seorang insan dan dimana 18 may 2008 juga aku menjadi seorang mama kepada Aleesa Dania..Detik kelahiran dania penuh dengan cabaran...17 May adalah hari kelahiran ku yang ke 27 tahun dimana ketika itu aku sedang berjuang untuk melahirkan zuriat yang ku kandungkan 9bulan...
Ya..allah pada ketika itu aku hanya berserah kepada mu...24jam aku di labour room untuk menantikan kelahiran baby ku...hubby pulak menunggu ku di luar labour room dengan kerisauan...tetibe aku terdengar seorang jururawat bertanya kepada salah seorang jururawat lain..." siapa patient yang husband dia tunggu dari malam tadi ...dah bersalin ke belum...??" jururawat pun menjawab belum lagi baru bukak 8cm..ya..allah masa tue hanya tuhan saja yang tahu bagaimana aku melawan kesakitan....tetiba aku rasa baby aku dah nak kuar...aku pun jerit memanggil jururawat yang ada berada disitu...doktor pun datang ..aku tak berdaya untuk meneran lagi...aku hilang seluruh tenaga dengan tidak tido semalaman....akhirnya kedengaran suara doktor berkata perlu vakum ni..baby hampir lemas...kedengaran lagi seorang doktor menelefon seorang doktor pakar datang untuk membantu...akhirnya baby ku lahir dengan menggunakan vakum...lega ketika itu aku rasakan..dalam keletihan tadi aku merasa badan ku diletakkan sesuatu benda...doktor yang menyambut kelahiran baby ku tadi berkata ...puan ini baby puan...puan lihat lah...lelaki atau perempuan....ya allah seorang baby comel diletakkan di atas badan ku ...hanya dapat ku sentuh tut aje..ermmm girl rupanya baby ku..dan baby ku dibawa untuk dibersihkan...dalam hati kerisauan pada ketika itu...panjang tak kepala anak ku kerana disebabkan vakum tadi??...kenapa tak dengar tangisan dia...?? ketika doktor sedang menjahit luka aku...sempat aku bertanya adakah anak aku sihat?? panjang tak kepala anak saya..?? doktor cuma beritahu aku kemungkinan ada demam sikit sebab ketika aku nak melahirkan baby tadi doktor kata aku ada demam...doktor kata kepala baby nampak normal cuma ada sikit kesan vakum....syukur alhamdullilah tak terhingga kepada allah s.w.t kerana memberikan kedua-2 kesihatan yang baik kepada kami....akhirnya kami memberikan nama Aleesa Dania Muhammad Shahril...yang penuh bermakna bagi kami...

No comments: